Tuesday 24 March 2015

Gila

***

Orang yang dapat berfikir secara waras tidak dianggap sebagai mereka yang gila. Ada juga yang mengatakan yang tidak gila adalah mereka yang memiliki ilmu tinggi dan rasional dalam membuat keputusan dalam hidup.

Saya tak pandai dalam pengukuran orang gila ini kerna saya pernah berjumpa dengam seorang waras yang berkelakuan macam gila. Namun identiti gilanya dalam keadaan sembunyi dan hakikatnya dia sangat bijak namun mungkin tidak dapat mengurus emosi dengan baik.

Berkenalan dengan buku 'Aku Nabi Isa' karangan Dr. Rozanizam Zakaria memberi pengetahuan kepada saya sedikit sebanyak berkenaan psikiatri iaitu penyakit yang dihinggapi oleh orang yang dikatakan tidak waras atau tidak dapat membuat keputusan dengan betul.

Buku ini menceritakan berkenaan dengan pengalaman beliau semasa bertugas di Adelaide, Australia. Ada 10 topik yang dibicarakan dalam buku ini iaitu..

Kes bunuh diri
Kemurungan atau depression
Stress
Skizofrenia
Grief: Kesedihan akibat kehilangan seseorang
Demensia: Nyanyuk
Marah
Penderaan seksual
Obsesif Kompulsif (OCD)

Di samping menceritakan pengalaman, penulis menerangkan dengan jelas berkenaan setiap penyakit tersebut.

Kawan

Kadang-kadang kita terlalu selesa dengan hidup ini sampai kita lupa melihat penderitaan dan kesusahan orang lain. Kadang-kadang kita terlalu asyik melihat kebahagiaan orang lain sampai kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.

Sesekali untuk menguatkan hati dan menjadi manusia yang cakna dengan sekeliling kita perlu keluar daripada zon selesa dan meghayati apa yang ada di sekeliling kita. Saya juga bukanlah baik namun semoga kita sama-sama berusaha untuk menjadikan diri keluar daripada kepompong hidup selesa.

Jom terokai dunia mereka ini untuk lebih menghargai diri sendiri dan menghargai orang lain yang berada di sekeliling kita ataupun yang jauh. Jika tidak dapat berbuat apa-apa untuk mereka yang jauh sekurang-kurangnya kita berdoa. InsyaAllah..

---
inanNaurah
0121am
30150325

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad