Thursday 19 March 2015

who are you?

***

Jam menunjukkan jam 11.28 malam. Hati dia menerawang jauh memikirkan berselirat macam perasaan yang ada. Entah apa yang difikirkan sehingga seusai sahaja membaca buku yang agak sederhana tebal tidak mematahkan semangat hatinya untuk terus berfikir dan berfikir.

Identtiti? Ya dia mencari suatu identiti diri yang jelas untuk mempamerkan dirinya sendiri kepada dirinya sendiri? Apa yang dia nak jadi seterusnya? Apa yang dia nak buat selepasnya? Dia nak jadi macam siapa? Dia nak jadi orang agama atau profesional?

Berselirat persoalan menerjah minda..

Apabila mendengar ceramah best daripada ustazah yang diminatinya, berkorbar hatinya untuk menjadi sepertinya. Apabila melihat mereka yang bagus ilmu dalam bidang akademik. Berkorbar pula hatinya berpaling untuk menjadi seperti itu. Apabila mendengar para ilmuwan berceramah cerdas di kaca televisyen, bersemangat dia ingin menjadi seperti mereka. Apabila membaca novel yang bagus ingin sekali dia ingin menjadi seperti watak itu. Identiti mana? Identiti siapa?

***

Hakikatnya dalam ketercampuran rasa, berfikir jalan yang baik. Moga Allah SWT menganugerahkan yang terbaik untuk dirinya.

Setiap manusia ada keistimewaan tersendiri, setiap insan dikurniakan kelebihan yang terbaik untuk dikongsi bersama. Dia sedar semua yang dia ada perlu dipotensikan sehabis mungkin. Kelamahannya adalah emosi, kelemahannya adalah membuat keputusan. Kelemahannya adalah mengutamakan yang utama.

Yang terpenting dia perlu menghiasi dirinya dengan kitab Allah, doa dan hadith daripada Rasulullah SAW untuk mengabdiikan diri menjadi hamba yang terbaik setiap detik. Bukan meniru manusia lain. Mereka yang berjaya bukan mengambil masa sehari dua untuk menempa kejayaan dan kebahagiaan  tapi  berperingkat-peringkat dengan sabar dan mujahadah yang tinggi.

Who are you?
Tak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri yang sentiasa ceria dan sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan hari demi hari. Istiqamahlah dengan kebaikan dan baikilah kekurangan diri.

InsyaAllah..
Moga dia menjadi hamba-Nya yang taat dunia akhirat.
Doakan dia.

---
inanNaurah
20150319
1139pm








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad