Sunday 15 March 2015

Impian Ayahnya

***

Dia melihat sekeliling, indah tapi bagai ada sesuatu yang hilang dari dirinya. Rasa sunyi. Dia melihat pada catatan yang terakhir. Amanat seorang ayah yang dia galas bukan senang. Untuk menjadi seorang doktor yang membantu Ummah.

Kini, dia bagai terkeluar dari landasan yang menjadi impian itu. Landasannya kini menjadi seorang ahli akademik. Yang bukan hanya berbeza dengan profesion sebagai seorang yang pakar dalam perubatan namun ahli penyelidik yang bertungkus lumus menjadikan dunia akademik sebagai dunia pertempuran kerana Allah SWT.

Lama dia merenung dan berfikir dengan keadaan diri. Fokus diri yang makin hilang ditelan masa, memungkinkan dirinya untuk gugur bila-bila masa. Namun, jika tiada Allah SWT, rasanya sudah lama dia rebah menyembah bumi. Ujian yang bertimpa-timpa terkadang melumpuhkan kemampuan jiwa yang tidak berapa kuat.

Dia teringat akan seorang teman yang sering menasihati dirinya tanpa sedar.

"Tahajudlah, itu akan menjadi kekuatan kita. Pohonlah pada Allah SWT dengan sungguh-sungguh pada waktu sahur. Itu senjata yang sangat kuat untuk menempuh dugaan hidup. Ketenangan itu pula akan hadir dengan berzikir dan bertahmid dengan sungguh-sungguh pada waktu itu. InsyaAllah, dengan izin Allah SWT."

Dia mengamalkan apa yang diberitahu temannya. Sungguh hatinya kini tenang, setenang air di kali. Dia tekadkan azam mencapai amanat daripada seorang ayah untuk menjadi seorang doktor. Walaupun dia kini tersasar jauh daripada bidang perubatan, namun dia akan berusaha untuk menyempurnakan impian itu dengan gelaran doktor akademik. Doktor falsafah insyaAllah. Dia tahu itu bukan senang, namun bukan susah jika berusaha. Allah SWT sentiada ada untuk meminta dan berharap. Cuma yang perlu melakukan dan merubah keadaan adalah manusia itu sendiri. InsyaAllah. Suatu masa itu cita-cita dia.


Ayah, akan aku sempurnakan impianmu. InsyaAllah.

Kata-kata dia bergemang di satu waktu sunyi.



***

20150315
0435pm



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad