Wednesday 23 January 2013

coretan hikmah.


***

kadangkala kita tidak tahu kita punyai kuasa yang lebih daripada apa yang kita ada sekarang. kuasa di sini bukan kuasa yang bermaksud kuasa sakti atau kuasa luar biasa yang tidak mampu untuk manusia miliki,

tapi.. kuasa untuk berubah menjadi yang lebih baik. seringkali kita rasa kita lemah, kita yang paling kurang berbanding orang lain. nyata, perasaan ini suatu kekalahan, dan kelemahan yang banyak memburukkan keadaan diri sendiri.

melalui pengalaman yang saya dapat selama saya menjalani latihan industri selama dua bulan di satu organisasi di institut pengajian tinggi dalam negara, telah mencungkil satu perkara yang selama ini saya tidak mampu untuk capai.

peluang?

ya peluang yang diberikan adalah satu cara untuk mencungkil bakat/kelebihan yang ada pada diri kita. apa yang saya belajar daripada perkara ini adalah jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru jika ianya adalah suatu perkara yang baik dan satu perkara yang memberi banyak kelebihan pada diri kita selama berada di dunia.

yang pentingnya, pastikan ianya membawa kepada redha Allah SWT.

satu perkara yang saya belajar lagi adalah, jikalah ditakdirkan kita mempunyai suatu kuasa/ berada di atas seperti menjadi majikan suatu ketika nanti. berilah peluang kepada orang lain. tidak semestinya melihatnya lemah akan selamanya dia lemah.

setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza, tidak akan sama. manusia itu mempunyai satu yang dia sukai dan mungkin juga tak dia sukai. jadi kita mesti pandai mengorak langkah untuk memecahkan tembok atau mendapatkan peluang yang ada..

ini barulah sesuai dengan nama sebagai hamba Allah SWT.

manusia yang bercita-cita tinggi dan merealisasikan apa yang dicitakannya, pastilah yang selalunya manusia sanjungi dan in sha Allah akan semakin tinggi darjatnya di sisi Allah SWT.


"Rakus adalah kerendahan, tamak adalah kehinaan, bakhil adalah kerendahan, 
rasa takut adalah kegagalan dan lalai adalah penghalang." 
Dr. 'Aidh Abdullah al Qarni











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad