Saturday 19 January 2013

Terhuyung hayang dengan dunia sendiri

***

"Teruknya, apa yang aku dah buat selama ni, betapa hina, betapa luka."

resah hati-hati ini berbicara, bait-bait kata murobbi masih terngiang-ngiang di telinga.

ringkas, kemas, padat.



"Innamal a'malu binniyat.." (Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai dengan niat..)  itu sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan daripada al Bukhari dan Muslim.

bermuhasabah dengan diri saya sendiri, merasa betapa kerdilnya diri. melakukan amal tidak mengutamakan niat, membuat pahala tidak dengan niat yang sungguh-sungguh

rugi? sangat..

selepas masuk ke kelas yang pertama pada awal bulan ini, setiap murobbi membicarakan tentang niat yang  perlu diutama dalam apa jua perkara. ia diulang-ulang sentiasa oleh murabbi..

Ya Rabb nyata Kau masih sayang, Kau kasihan melihat aku yang terhuyung hayang dengan dunia sendiri. dunia yang dirasa indah namun kelam hakikatnya,

ibarat pokok yang rendang, daunnya  nampak indah tapi kering di akarnya, buahnya nampak ranum namun rosak isinya.

dan kini aku sedar, apa-apa pun sandarkanlah pada niat. tak kira apa yang akan  jadi pada akhirnya. Allah jualah yang akan menghitungnya. bukan natijah yang dihitung tetapi usaha, niat dan ikhlas itulah yang dirindu Dia. rindu pada harap-harap hamba-Nya, rindu dengan rintihan, rindu dengan puji-puji hamba-hamba-Nya hanya untuk-Nya.

dalam meniti usia yang masih berbaki, saya terus menerus mencuba berusaha menjadi hamba-Nya yang diterima-Nya, walau amal tak seberapa namun saya tahu Dia tetap cinta dengan  syarat berusaha dengan sepenuh amal dan sepenuh ikhlas, hanya untuk Dia Yang Esa.

dah terlambat?

tidak, selagi punyai umur kita masih ada peluang, peluang tidak datang berkali-kali, hidayah/teguran yang datang daripada-Nya jangan dibiar sunyi. berubahlah mungkin giliran kita pula untuk menghadap-Nya selepas ini, siapa yang tahu.. dan mati itu pasti.. bergeraklah menuju-Nya

jangan biar diri menangisi kerugian lagi, niatlah sebanyak mungkin untuk melakukan kebaikan. satu perkara banyakkan niat, moga-moga berganda terus kredit pahala daripada-Nya, dan tentu-Nya redha-Nya yang didamba-damba..

semuanya dengan izin-Nya, In sha Allah..

Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jundab bin Abdullah r.a beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya diketahui oleh orang lain, nescaya Allah akan membuat orang lain mengetahuinya (dan hanya itulah balasannya)."

"Selalunya satu amalan yang kecil boleh berubah menjadi besar lantaran niat. Sebaliknya amalan yang besar boleh menjadi kecil juga disebabkan niat."
Ibn al-Mubarak




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad