Sunday 6 January 2013

'Ku Pilih Dia'



***


Dia (Sahabat yang setia): kenapa jadi macam ni?
Saya: tak tahu (sambil menjungkit bahu)
Dia: cuba tengok kembali hubungan dengan Allah, mungkin ada yang masih kurang.
Saya: tunduk, berfikir-fikir sendiri. Berkata dengan agak perlahan. ‘mungkin’

Semakin menginjak ke usia melebihi separuh 20an, saya masih lagi mencari-cari identiti diri sendiri. Kadangkala rasa dah jumpa kadangkala pula hilang ditelan masa.

Kadng-kadang rasa give up dengan hidup pun ada. Betul la syaitan tu tak pernah putus asa, xpernah berehat mengelirukan manusia. Tapi kita, selalu sahaja rasa mengalah. Rasa nak berehat dari melakukan kebaikan. Tak istiqamah dengan apa yang dah kita lakukan sebelum-sebelumnya.

Seminggu dua ini, jiwa seakan memberontak. Hati seakan memaksa. Mungkin apa yang saya buat sebelum ni, Allah mengajar untuk menarik saya daripada terus selesa dengan keadaan yang sebenarnya tak selesa buat fitrah manusia. Fitrah bergerak ke arah-Nya.

Jiwa rasa kosong, hati rasa tak tenteram. Sedangkan jika benar beriman. Takkan tergugat oleh musibah, takkan lalai dengan senang, takkan rebah dengan ujian.

Sukar kan jadi manusia? Tapi lebih sukar bila jadi manusia yang tak tahu bersyukur.

Allah mengajar dengan berbegai bentuk, ada yang kita sedar, ada pula yang kita tak sedar. Hakikatnya semua adalah pelajaran bagi kita. Proses belajar tu akan sentiasa berputar-putar dalam hidup kita. Takkan pernah lenyap selagi nyawa masih ada di badan.

Apa pun percayalah, apa yang terjadi, telah terjadi dan akan terjadi semuanya suatu proses pengajaran dan pembelajaran daripada-Nya. Dari situlah kita boleh kenal diri dan membaiki diri untuk terus melayari bahtera dunia dengan keimanan dan menuju al-Falah. Sebelumnya rebutlah mardhatillah.

Kerana Al Falah hanyalah natijah daripada Marhatillah (redha Allah SWT).

“Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.”
Sayidina Umar al Khattab

------------------
Jika Jiwa Kosong,
Isilah..
Jiwa Jiwa Kacau,
Carilah..
Jika Diri Masih Keliru,
Islahlah..
Jika Hati Masih Sakit,
Kembalilah..
Carilah, Kembalilah Pada Dia Yang Mencipta
Nyata Dirimu Kan Bahagia Dan Tenang Dengan Segalanya
Insha Allah ^^”




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad