Sunday 12 January 2014

Bintang Syurga: Sehidimiz Ahmad Ammar

***
Sehidimiz Ahmad Ammar
Pencetus ummah,

Bagi saya dia pencetus kebangkitan anak muda yang semakin hilang rasa Bertuhan dan perjuangan untuk menegakkan kalimah Tuhan.



***

Cakap boleh, cakap saja. Bila sampai masa nafsu juga yang diturutkan.

Saya pun sama, namun persepsi saya berubah sedikit demi sedikit kerana kebangkitan anak muda. Walaupun cetusan namanya selepas kematiannya.

Sehidimiz Ahmad Ammar mengajar saya untuk lebihkan perbuat daripada bercakap.
Lebihkan melakukan daripada berangan-angan.
Biar buat sikit asalkan ikhlas.
Biar sikit asalkan menyumbang.
Biar sikit asalkan bersungguh-sungguh.
Biar sikit asalkan istiqamah.
Memuliakan Islam bukan untuk mengenalkan diri pada orang lain tapi untuk redha-Nya.
Mementingkan Tuhan bukan untuk syurga tapi untuk Redha-Nya.
Ikhlas dalam ibadah dan sayang pada agama.

***

Manusia yang memuliakan Tuhannya pasti Allah SWT pula akan memuliakannya.
Biar tak terkenal dalam kalangan manusia, namun tetapi dikenal oleh penduduk-penduduk langit.
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan Allah berkati dan rahmati di sana.

Moga ramai yang akan mengikut jejak langkahmu bahkan lebih kuat cetusan perjuangannya.
Ameen Ya Rabbal Alamin.
Al-Fatihah.



***

InanNaurah
20140112
0617pm





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad