Tuesday 28 January 2014

Hidup Bukan Untuk Suka-Suka

***

Seminggu sekali kami akan ditarbiah, akan ada kelas tazkirah dan pengajian mingguan. Ya, bukan senang untuk istiqamah dengan kelas sekali setiap minggu terutamanya kelas yang membincangkan perihal agama.

Namun, begitulah jika terdidik dan terbiasa, perkara tersebut akan jadi satu kemestian dan akan merasa kehilangan jika tidak dipenuhi.

Hari ini kata-kata daripada murabbi saya.



"Hidup bukan untuk suka-suka, bukan pergi ke sana ke sini untuk main-main sahaja. Kita ada matlamat, kita ada strategi."

"Kita belajar bukan setakat degree sahaja, bukan setakat master atau phd sahaja dan kemudian tiada apa yang dibawa pulang. Apa yang kita belajar sepatutnya diamalkan dan diperjuangkan untuk Islam."

Dalam hati saya termuhasabah lagi dan lagi. Walaupun setiap minggu atau selalu kami diingatkan tetapi lumrahnya manusia. Mudah lupa dan leka. Sebab itu kita perlu ada mereka yang mengingatkan, ikhlas untuk membawa kita dekat dengan Allah SWT dan muhasabah semula perjuangan diri kita.

Hiduplah kawan untuk perjuangan Islam, bukan sekadar belajar dan mentelaah tetapi gunakan medium-medium yang ada untuk turut sama berdakwah apa ilmu yang kau dah pelajari. Bukan simpan seorang-seorang, bukan hayati sendiri-sendiri.

Bukan pula balik kerja, kemudian menonton televisyen dan berhibur dengan keluarga. Tetapi baliklah dengan perjuangan untuk mendidik anak bangsa dan keluarga. Rancanglah jadual dan perjalanan hidup untuk memberi nilai dan didikan.

Gunakan kudrat semampu yang mungkin. Gunakan sebaik mungkin. Yang penting ikhlas inshaAllah.
Pesanan untuk diri saya juga, inshaAllah. :)

"Masa itu Kehidupan." (Hassan al-Banna)





inanNaurah
20140128
1021pm











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad