Tuesday 28 January 2014

Ihsan.

***

Selalu kita akan rasa segan, lemah, longlai bila diperhatikan oleh orang dengan terlalu lama akibat segan. Ada juga yang akan buat yang sehabis baik, dijaga penampilannya kerana ada yang memerhati dan menilai. Apabila ditemuduga kemasnya bukan main, siap dengan kot dan kemeja, tudung yang rapi, kedudukan yang terbaik.

Tapi..



Pernah tak kita rasa Allah SWT ada selalu dan sedang memerhatikan kita? Ada tak rasa tu?

Ramai yang bila solat, telekung pun berkedut, kotor, ada bintik-bintik hitam sana sini. Ada juga yang merasakan "ala, beli aje yang murah nak buat solat kat rumah je pun bukan nak bawak pi solat raya."

Kalau pernah ada rasa macam tu. Cuba fikir semula, siapa yang bagi kita rezeki? Siapa yang bagi kita nikmat? Solat tu untuk siapa sebenarnya? Nak cantik kat mata siapa? Nak kemas untuk siapa? Nak buat apa pun untuk siapa?

Bukankah kita hidup ini semata-mata kerana Allah SWT. Dia yang mengurniakan rezeki, memberi nikmat, memberi hidup untuk kita. Solat lima waktu sehari semalam pun sebagai suatu kerehatan untuk kita setelah penat melakukan rutin harian. Bukan itu sahaja, malah solat itu sendiri suatu ubat dan menyejukkan hati bagi yang khusyuk dan menghayati.

Kawan, di mana nilai ihsan pada kita? Ada tak kita merasa Allah SWT sentiasa memerhati? Segan tak dengan Allah SWT? Nak buat dosa lagi tak kalau rasa Allah SWT sedang melihat?

Tanya pada hati dan jawab juga pada hati..

Kawan..

Solat tu biarlah berkualiti, pastikan pakaian yang terbaik untuk kita menghadap pencipta kita. Bersih, kemas, rapi, wangi. kan kawan?

InshaAllah kita sama-sama usaha ya. Menjadi manusia yang bersolat dan tidak meninggalkan solat itu mudah kerana kuantiti itu bukan susah. Yang susahnya adalah kualiti,

Solat yang khusyuk.
Solat yang dihayati maksudnya.
Solat yang di awal waktu.

Itulah yang terbaik.
InshaAllah sama-sama kita usahakan.




inanNaurah
20140129
200pm








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad