Friday 10 January 2014

Sikit Cakap, Banyak Buat.

***

Satu ayat yang sungguh tajam bagi telinga saya hari ini;

"Jangan banyak cakap, tapi banyak buat atau lakukan."




Kata-kata daripada seorang pensyarah tempat saya kerja. Setiap masa kami akan dingat-ingatkan dengan Mardhatillah, tujuan sebenar kami berada di bidang masing-masing. Buat kerja kerana Allah SWT bukan kerana imbalan, buat semuanya kerana Allah SWT bukan kerana nama.

Pensyarah di sini semua baik-baik, Alhamdulillah. Ditegur dan ditegur sampai sifat negatif makin kurang-dan kurang. Bercakap berkenaan banyak cakap tapi buat ni, orang boleh cakap banyak, boleh kata itu ini, tapi berapa ramai sebenarnya yang akan buat apa yang mereka cakap. Berapa ramai yang kata nak mulakan azam tahun baru tapi yang buatnya hanya 1% sahaja.

Sifat manusia beginilah, jika dijolok sedikit dia bergerak. Jika terkena musibah baru terngadah, jika kekurangan baru push lebih nak dapatkan apa yang kurang.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara, salah satunya waktu lapang sebelum datangnya waktu sempit.

Sebenarnya ke mana masa kita dihabiskan, ke mana umur terutamanya waktu muda kita dihabiskan?

Adakah sama dengan apa yang kita cakap dan kita rancangkan?

Cuba letak tangan di kepala dan fikir-fikir. Adkah tidur lebih daripada yang sepatutnya, adakah masa muda dihabiskan dengan shopping dan makan?

Jika begitu sedarlah kita sebagai daie di muka bumi, kurangkan benda yang tidak berfaedah. Tingkatkan produktiviti dan kualiti. Moga hidup dalam perjuangan bukan dalam lalai dan alpa.


Wallahualam..

Saya sayang awak semua dan diri saya. Jom arahkan diri kita ke Syurga-Nya :)
Jangan banyak tidur, takut sia-sia punyai umur.
All da best tau.

InanNaurah
20140110
440pm





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad