Friday, 10 January 2014

Jahiliah Yang Terbuka


***

Dulu, yang dikatakan tanam anak perempuan hidup-hidup dikatakan jahiliah,
Yang menyembah berhala dikatakan jahiliah,
Yang menyembah matahari dikatakan jahiliah,
Yang suka sesama sejenis dikatakan jahiliah,
Yang menyembah firaun dikatakan jahiliah,
Yang minum arak dan berpesta dikatakan jahiliah,



Kini,
Yang buang anak merata-rata, membunuh, mengherdik menghina tak dikatakan jahiliah ke?
Yang dok depan tv berjam-jam, berhari-hari tak jahiliah ke?
Yang dok sembah pemimpin lebih daripada Allah SWT tak dikatakan jahiliah ke?
Yang buka kedai arak dan judi tak dikatakan jahiliah ke?
Yang buat hubungan dengan sesama sejenis tak dikatakan jahiliah ke?

Dulu yang tak tahu, kini dah tahu, tapi kembali jahiliah juga.
Adakah mereka lebih baik daripada kita?
Mereka tak tahu sebab itu dinamakan jahiliah,
Tapi kita? Dah tahu, tetap buat juga, dah ada petunjuk al-Qur'an tapi tak ikut juga,
Dah ada orang mengajar kitab-kitab, ceramah-ceramah agama tapi tak nak dengar juga.
Dah ada pusat pengajian Islam tapi tak nak belajar juga?

Jadi siapa yang lebih jahiliah sebenarnya?
Kita ke mereka?
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Wallahualam
InanNaurah
20140111
905am





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...