Saturday, 4 January 2014

Selagi Ada Waktu, Selagi Bulan Masih Bersinar


Hufaz-Selagi Ada Waktu


***

"Esok aku mesti study sungguh-sungguh, banyak dah masa terbuang hari ni."

"Kejap lagi la aku buat, nak rehat kejap."

"Kalau buat kejap lagi mesti ok."

"Solat lambat sikit la, nak baca sampai habis dulu."

"Baca kejap lagi la, tengok tv dulu."

"Tak pe la tak payah la tegur dia, dia akan tahu sendiri juga nanti."




***

Procrastinate.. berlengah-lengah

Saya rasa ramai yang tidak lepas daripada perkara ini. Berlengah-lengah dan melambatkan semua perkara yang kita buat. Saya juga sama, seringkali bertangguh untuk melakukan sesuatu urusan, melambatkan solat, bertangguh dalam menulis. Tidak melaksanakan amar makruf nahi mungkar, study pun acuh tak acuh.

Adakah kita lupa dengan kegagalan lama dan adakah kita lupa dengan perkataan yang kita dah ungkap sebelumnya..

"Kalau aku study awal lagi, mesti boleh jawab."

"Kalau aku tulis sikit-sikit pun lama-lama dah jadi buku."

"Kalau aku tegur dia dulu, tak la da jadi macam ni."

"Kalau aku cepatkan solat tak la aku tertinggal solat tadi, menyesal sungguh!"

***

Bila nasi dah jadi bubur kebanyakan manusia akan berkalau-kalau
tapi tak pernah nak ubah dan baiki kalau yang dah pernah jadi.

Saya dan anda semua Allah SWT bagi 24 jam untuk baiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik. Hari demi hari.

Hari ini pastikan lebih baik dari kelmarin, 
Rancang hari esok supaya lebih baik dari hari ini.

InshaAllah takkan ada kalau lagi dalam kehidupan
yang ada adalah kesyukuran dan rasa puas dengan usaha yang kita dah maksimumkan.

***

Tak baik berkalau-kalau
buang lengah-lengah,
jadualkan diri
mulakan hari dengan senyuman :)

Allah SWT suka pada hamba-Nya yang bermuhasabah dan mencuba untuk membaiki kesilapan silam.
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


***

SekuntumSenyum
InanNaurah
20140105
1030






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...