Sunday 26 January 2014

Deep in my Heart

***

Kadang-kadang pernah tak kita rasa sangat malas nak melakukan sesuatu perkara. Semua pun kita tak nak buat, nak je tido, makan, tengok tv. Otak nak terima perkara mudah sahaja. Melihat dengan tak mentafsir, mencari dengan tak menggali, membaca tapi tak analisis dan muhasabah.

Itulah diri saya yang dulu..



Menjadi diri yang sebegitu buat saya tak tenteram. Kadang-kadang terlintas di fikiran, untuk apa aku hidup? Untuk apa aku buat semua ni? Dan untuk siapa? Terbayang-bayang pula keadaan di kubur seorang diri. Siapakah dan apakah yang akan menemani?

Benar, perkara itu membuat saya seriau. Seram benar.

Oleh itu, saya kuatkan diri untuk mencari diri saya yang hilang, dengan membaca al-Qur'an banyak-banyak, memuhasabah diri sungguh-sungguh. Membaca buku dan Qur'an dengan menghayati dan memahami apa maksud tersurat dan tersirat dalam setiap helaian. Rupa-rupanya sudah lama saya lalai dengan dunia.

Hati membeku seketika.

Terasa dunia makin hilang dari pandangan. Terasa hidup mahu mengabdi diri hanya pada Allah SWT. Namun kadang-kadang jiwa manusia bukan mampu untuk menangkis godaan-godaan yang ada. Tv yang melalaikan, kawan yang mengajak pada perbincangan dunia semata-mata, amal yang tidak istiqamah, diri yang malas untuk membelek setiap helaian yang berfaedah dan memberi pengajaran.

Oh Tuhan..

Please Guide Us.

Pernah baca tak blog Ustaz Hasrizal? Sure ramai yang tahu kan, saya banyak terinspirasi daripada blog beliau. Sekarang dengan membaca catatan-catatannya ke Birgivi Turki, dalam perjalanan mengenal jati diri imam Birigivi dan dirinya sendiri, banyak memberi pengajaran buat saya juga.

Dengan catatan dan tulisan beliau di blog beliau membuatkan saya berfikir, masih banyak yang saya tidak tahu, dan banyak yang saya tidak cakna. Menggali ilmu itu suatu kepentingan buat ummah, perjalanan dan permusafiran akan banyak mengenal erti kehidupan yang sebenar.

Dengan hanya selesa di suatu tempat kita tak akan ke mana-mana. Tiada kesungguhan kerana sudah selesa.

Teman, kita bukan lama lagi di sini.
Usia muda perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.
Kawan, jom hijrah diri ke arah yang lebih baik.
Rindu dengan teman-teman yang berusaha ke arah perjuangan Islam.
Walaupun tak pernah bersua muka aku tetap rindu.

Jaga diri baik-baik,
jadikan diri penguat Islam, dan kita kuat dengan Islam.

Istanbul, turki
Sumber: Google Search



Mengenali turki dan cintakan Turki.
Kegemilangan Kehebatan Tamadun Islam.
Terima kasih Ustaz Hasrizal kerana membuka mata hati kami 
dan bercerita berkenaan Turki untuk kami semua.

#Blog ustaz boleh dilayari di:




inanNaurah
20140127
1232am




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad