Tuesday 28 January 2014

Hidup untuk tidur atau Tidur Untuk Hidup?

***

Pernah dengar tak kata-kata kalau nak berjaya dalam hidup. Jauhkan diri daripada lambung yang enak. Maksudnya jauhkan daripada tempat tidur yang empuk dan jangan banyakkan tidur. Saya rasa begitulah kata-kata dan maksudnya. Kurang pasti juga. Tapi,

Orang yang nak berjaya dalam hidupnya, hidup pula untuk Allah SWT. Agak-agak dia akan banyakkan tidur tak?

"Hidup untuk tidur atau tidur untuk hidup?."



Tidurlah untuk hidup, iaitu  untuk kita jadikan ia kerehatan setelah berpenat-penat melakukan hal-hal kebajikan di siang harinya. Tidur, jangan pula dirajakan sehinggakan diabaikan hak untuk Allah SWT, agama, masyarakat, keluarga dan diri sendiri.

Apabila cuti kalau boleh nak 25 jam atas tilam. Nak berehat katanya. Tahajud bukan menjadi kecintaan, membaca al-Qur'an sebelum subuh bukan menjadi kecintaan, menikmati zikir di pagi yang hening bukan pula impian. Adakah tidur lebih baik untuk menjadi impian dan penolong?

Tidurlah dengan lena di kuburan sana, itulah tempat berehat selama-lamanya sehingga suatu masa apabila tiupan sangkakala ditiupkan, masa itu pula kita akan dibangkitkan untuk dihisab dan dihitung segala amalan.

Kawan,

Janganlah tidur lebih diutamakan.

Rasulullah SAW yang maksum dan dijanjikan syurga oleh Allah SWT pun bangun di tengah malam untuk beribadah kepada Allah SWT. Kita pula yang banyak dosa bagaimana?

Tidurlah sekadarnya, tidurlah yang bertujuan ibadah bukan hidup ini untuk tidur tapi tidurlah untuk hidup.

#Muhasabah diri saya sendiri juga.
Moga kita ikhlas, Allah redha.
InshaAllah

inanNaurah
20140128
1120pm






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ad